77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.
Apakah kos-kos perdagangan CFD?

Spread: Apabila berdagang CFD, anda mesti membayar spread, yang di mana ia berbeza dengan harga beli dan jual. Anda memasuki dagangan beli berdasarkan sebut harga beli yang ditetapkan dan keluar menggunakan sebut harga jual. Semakin sempit spreadnya, semakin kurang harga yang diperlukan untuk bergerak pada arah yang anda inginkan sebelum anda mula menjana keuntungan, atau sekiranya harga bergerak bertentangan dengan arah keinginan anda, maka rugi. Kami menawarkan kadar spread yang berdaya saing secara konsisten.
 
Kos Pegangan: Pada penghujung setiap hari dagangan (5pm waktu New York), apa-apa jua posisi yang dibuka dalam akaun anda mungkin tertakluk kepada sejenis caj bayaran yang dikenali sebagai “Kos Pegangan” (Holding Cost). Kos pegangan boleh berkemungkinan positif atau negatif bergantung pada arah posisi anda dan kadar pegangan yang berkenaan.

Bagaimana saya berdagang CFD dengan GCMAsia?

Kami menetapkan harga kontrak berdasarkan tetapan asas pasaran dasar, di mana anda boleh beli atau jual.
 
Untuk setiap pasaran, anda boleh mendapatkan harga beli dan harga jual daripada kedua-dua belah harga asas pasaran, di mana anda boleh dagang kenaikan pasaran (dikenali sebagai BUY atau LONG), dan boleh dagang penurunan pasaran (dikenali sebagai SELL atau SHORT).
 
Setelah anda membuka dagangan, anda akan menerima mesej pengesahan yang menunjukkan bahawa ia telah diterima. Dagangan-dagangan akan ditolak sekali sekala, tetapi sebahagian besar dijalankan tanpa sebarang masalah. Semak maklumat terperinci pada mesej pengesahan anda dengan berhati-hati untuk memastikan dagangan tersebut adalah mengikut kehendak anda.
 
Dagangan anda yang dibuka akan ditunjukkan pada panel ‘posisi terbuka’ dalam platform dagangan kami. Posisi anda adalah terbuka pada setiap masa, anda boleh semak keuntungan atau kerugian melalui kolum untung/rugi.
 
Jika anda memutuskan untuk menutup posisi anda dan ambil untung, maka anda jual kontrak dalam jumlah yang sama seperti semasa anda membelinya.
 
Cara termudah untuk menutup dagangan adalah menujui skrin ‘tutup posisi’. Semasa anda klik pada ‘sell’, anda akan menerima satu lagi pengesahan yang bertujuan memberitahu anda bahawa anda telah menjual kontrak pada jumlah tersebut.

Risiko
Berdagang instrumen-instrumen dagangan membawa risiko bertahap tinggi kepada modal anda di mana harga-harga mungkin bergerak bertentangan dengan kehendak anda.77% daripada akaun-akaun pelabur runcit mengalami kerugian wang semasa berdagang CFD dengan pembekal ini Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami atau tidak bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kerugian wang anda atau tidak.
Perhatian: Anda boleh rugi kesemuanya, tetapi tidak melebihi baki Akaun Dagangan Anda. Produk-produk ini mungkin tidak sesuai untuk semua klien; oleh itu, pastikan anda faham risiko-risikonya dan rujuk nasihat bebas. Bahan ini tidak membentuk sesuatu penawaran, atau ajakan untuk sesebuah transaksi dalam mana-mana instrumen kewangan.
Fortrade tidak bertanggungjawab untuk sebarang penggunaan yang mungkin dilakukan dengan maklumat tersebut dan sebarang akibat yang berlaku disebabkannya. Tiada pewakilan atau jaminan diberi untuk ketepatan atau kesempurnaan maklumat ini; akibatnya, mana-mana orang yang bertindak mengenainya adalah melakukan atas risiko mereka sendiri sepenuhnya.Lihat amaran risiko penuh

Lihat amaran risiko penuh

Lihat amaran risiko penuh

Apakah itu Hedging dengan CFD?

Berbeza dengan sesetengah bentuk-bentuk dagangan yang lain, semasa berdagang CFD dengan platform GCMAsia, pedagang-pedagang boleh lindung nilai dagangan-dagangan mereka, di mana ia boleh memanfaatkan pedagang dari segi pengehadan potensi-potensi kerugian.
 
Sebagai contoh, anggapkan saya mempunyai sebuah posisi terbuka pada Dollar/Yen – Saya pilih LONG untuk beli Dollar dan menjangkakan bahawa USD akan menjadi lebih kuat berbanding mata wang Jepun. Tetapi, saya kini mempunyai fikiran lain – belum cukup untuk cetus kehendak menutup dagangan saya, tetapi cukup untuk menyebabkan saya meragui kemungkinan mata wang pilihan saya akan menjadi kuat atau tidak.
 
Dalam bentuk-bentuk lain perdagangan, saya akan mempunyai dua pilihan; tutup dagangan sekarang atau membiarkannya terbuka dan terima ketidaktentuannya. Walau bagaimana, dengan CFD, saya boleh membuka posisi lain untuk Dollar/Yen secara serentak di mana saya SHORT Dollar – bertentangan dengan arah dagangan pertama saya, yang masih terbuka. Pedagang-pedagang harus mengingati bahawa CFD hanya boleh dilindung nilai dengan menggunakan platform GCMAsia.
 
Jika pasangan mata wang bergerak seterusnya dengan arah bertentangan dagangan pertama saya, iaitu Dollar jatuh berbanding Yen – saya masih boleh selamatkannya daripada situasi tersebut, kerana HEDGING saya akan berlaku.

Bagaimana untuk hedge sesebuah portfolio perdagangan dengan menggunakan CFD?

Jika anda telah melabur dalam portfolio saham yang telah ada oleh broker lain dan anda berasa bahawa kerugian akan berlaku, maka anda boleh lindung nilai saham anda dengan menggunakan CFD. Dengan membuat SHORT pada saham yang sama sebagai CFD, anda boleh cuba dan membuat keuntungan daripada tren penurunan jangka pendek untuk mengimbangi sebarang kerugian dalam portfolio anda yang ada.
 
Sebagai contoh, andaikan anda memegang saham fizikal ABC Corp bernilai £5000 dalam portfolio anda; anda boleh memegang posisi SHORT terhadap ABC Corp dengan CFD pada nilai yang bersamaan. Kemudian, jika harga saham ABC Corp terjatuh dalam pasaran asasnya, kerugian nilai portfolio saham fizikal anda mungkin boleh diimbangi oleh keuntungan yang dibuat daripada SHORT dagangan CFD anda. Kemudian, anda boleh menutup dagangan CFD anda untuk selamatkan keuntungan anda semasa tren penurunan jangka pendek hampir tamat, dan nilai saham fizikal anda mula meningkat balik.
 
Penggunaan CFD untuk melindungi nilai portfolio saham fizikal merupakan strategi popular dalam kalangan para pelabur, terutamanya dalam pasaran yang tidak menentu.
 
Contoh Dagangan CFD
 
Jadi, bagaimana berdagang CFD? Mari kita merujuk satu contoh dagangan CFD dengan menggunakan indeks ‘German 30’ yang sering didagang sebagai contoh;
 
Dalam contoh teori berikut, ‘German 30’ sedang didagang pada paras 9610.5/9611.5, saya boleh memilih untuk menjual Indeks German pada paras 9610.5 atau membelinya pada 9611.5. Saya memutuskan untuk membeli ‘German 30’ sebanyak £5 pada paras 9611.5, dan risiko nominal saya dalam contoh ini akan dihitung seperti berikut;
 
(Paras yang saya beli pada x jumlah yang saya beli)
 
Jadi, risiko nominal adalah;

9611.5 x 5 = 48057.5

£48,057.50 merupakan jumlah wang maksima yang saya akan rugi jika ‘German 30’ terjatuh daripada paras semasanya 9611.5 sehingga kosong.
 
CFD dan Leveraj
 
Sebagai satu bentuk dagangan yang melibatkan leveraj; daripada terpaksa melepaskan kos dagangan secara sepenuhnya (pada 9611.5 x 5 yang akan melibatkan kos sebanyak £48,057.50, yang sama seperti risiko nominal saya) saya hanya perlu meletakkan sebilangan peratusan kecil daripada nilai keseluruhan untuk memulakan dagangan tersebut. Kami melakukannya sebagai satu peratusan risiko nominal – jika margin-nya adalah 1%, maka 48,057.50/100 = 480.575. Jadi, bundarkannya dengan 1 sen, £480.58 merupakan jumlah yang diperlukan untuk memulakan dagangan.
 
Namun, jika saya memutuskan untuk menjual £5 ‘Germany 30’ dan bukannya beli, harga untuk dagangan saya akan seperti berikut;
 
9610.5 x 5 = £48,052.5

Jumlah yang diperlukan untuk diletakkan pada dagangan saya akan menjadi 1% daripadanya, iaitu £480.53

Pedagang-pedagang harus mengingati bahawa peningkatan leveraj akan meningkatkan risiko.
 
CFD Hasil Dagangan
 
Balik pada situasi di mana saya membeli £5 tetapi bukannya jual, jika ‘Germany 30’ meningkat seterusnya ke paras 9613.5/9614.5, dan saya memutuskan bahawa ini adalah masa terbaik untuk saya berundur daripada dagangan ini, saya akan membuat keuntungan saya seperti berikut; jumlah yang telah saya beli x jumlah points yang telah dagangan ini bergerak dalam arah kehendak saya.
 
Dalam situasi ini, keuntungan saya adalah 5 x 2, maksudnya saya akan menjana keuntungan £10 dalam dagangan tersebut.
 
Sebagai alternatif, saya telah jual £5 ‘Germany 30’ pada paras 9610.5 dan tutup dagangan pada paras 9613.5/9614.5, kerugian saya adalah 5 x 4, sementara dagangan saya yang sedang ditutup adalah 4 points lebih tinggi daripada semasa pembukaan. Dalam situasi tersebut, kerugian dagangan saya adalah £20.
 
Namun, jika ‘Germany 30’ menjatuh daripada paras 9610.5/9611.5 ke 9608.5/9609.5 – saya telah beli £5 ‘Germany 30’ pada paras asal, kerugian saya akan dihitung seperti berikut; jumlah yang telah saya beli x jumlah points yang telah dagangan tersebut bergerak bertentangan dengan arah kehendak saya.
 
Dalam contoh ini, kerugian saya adalah 5 x 3, maksudnya saya akan rugi £15. Di sebaliknya, jika saya telah menjual £5 ‘Germany 30’ pada paras asal, maka keuntungan saya adalah 5 x 1, saya untung £5.

Apakah itu swap forex dan mengapa ia berlaku?

Swap forex adalah caj semalaman/jumlah kredit untuk sesebuah posisi terbuka.
Jumlah ini menunjukkan perbezaan kadar faedah di antara bank-bank pusat (berdasarkan kadar pasaran dan spread) bagi dua aset-aset yang terlibat.
 
Swap dikreditkan atau didebitkan sekali sehari untuk minggunya, dengan pengecualian hari Rabu, di mana ia dikreditkan atau didebitkan 3 kali ganda daripada jumlah asalnya.
 
Caj-caj swap diumumkan secara mingguan oleh institusi kewangan yang bekerjasama dengan GCMAsia, dikira dan ditentukan berdasarkan pelbagai kriteria pengurusan risiko dan keadaan pasaran.

Bagaimana caranya untuk mengira swap Forex?

Premium swap dikira seperti berikut:
 
Nilai Pip (berdasarkan saiz dagangan) * kadar swap dalam Pips * jumlah malam = Caj swap/kredit
 
Contoh Forex:
Anda membuka 1 lot posisi short (Sell) pada EUR/USD dengan akaun yang berdasarkan USD:
 
1 Lot = 100,000
1 Nilai Pip = 10 USD
Kadar Swap = -3.2839 Points (disamakan dengan 0.32839 Pips)
Jumlah malam = 1
Premium Swap: 10 * 0.32839 * 1 = 3.2839 USD
 
Contoh CFD:
Anda membuka 1 lot (1,000 tong) posisi long (Buy) pada You open a long position (Buy) pada Crude oil dengan akaun yang berdasarkan USD:
 
Kadar Swap = -0.3807
Nilai 1 sen = 10 USD
Jumlah malam = 1
Premium Swap: 10 * -0.3807 * 1 = -3.807 USD

Apakah contoh rollover dan bagaimana ia dikira?

Seseorang pedagang mempunyai satu posisi dagangan SHORT atau SELL yang terbuka pada 1,000 tong Crude Oil.
 
Sebut harga tutupan untuk kontrak semasa adalah 45.50 (harga beli Bid)/45.54 (harga jual Ask), dan sebut harga kontrak baru adalah 46.50 (Bid)/46.54 (Ask).
 
Perbezaannya adalah +1 USD, i.e., kontrak baru LEBIH TINGGI daripada kontrak lama.
 
Untuk rollover posisi short dibuka tersebut, seca automatik, GCMAsia menutup kontrak lama pada harga jual, ASK (memandangkan klien mempunyai sebuah posisi SELL, ia akan ditutup dengan harga ASK, iaitu 45.54), dan secara serentak, membuka semula pada harga BID kontrak baru pada 46.50.
 
Dalam contoh ini, klien dikreditkan dengan jumlah 960 USD, menunjukkan perbezaan harga di antara dua kontrak. Maksudnya, caj klien ini adalah bersamaan dengan spread untuk BID dan ASK (i.e., kontrak baru akan dibuka pada harga BID, iaitu 46.5).
 
Pengiraannya adalah: (46.5 – 45.54) * 1,000 = 960 USD
 
(Harga ASK Kontrak Lama Ditutup – BID Dibuka Untuk Kontrak Baru) * Amaun = Caj Rollover/Credit)

Perlukah saya menanggung kos pelarasan rollover?

Jika anda tidak ingin dikenakan bayaran kos pelarasan rollover, anda hanya perlu menutup mana-mana posisi yang dibuka sebelum tarikh rollover yang ditetapkan. Tarikh-tarikh ini boleh didapati pada laman Kadar Rollover GCMAsia. Klien-klien juga akan diberi pemberitahuan rollovers yang akan datang melalui notifikasi dalam platform perdagangan GCMAsia Pro.

Bagaimana saya menyemak kadar rollover GCMAsia?

Kadar rollover dikemaskini dan disediakan pada laman web kami. Untuk menyemak rollover-rollover terbaru dan jadual tahunan untuk tarikh-tarikh rollovers, sila klik sini.
 
Peringatan, caj/kredit rollover juga akan ditunjukkan dalam kolum Swap oleh Syarat-Syarat Perdagangan instrumen kewangan kami (secara tambahan untuk caj-caj Swap yang sedia ada).