77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.
Adakah GCMAsia akan kredit-kan atau debit-kan posisi-posisi untuk dividen pada CFD saham?

Ya, GCMAsia akan kredit-kan / debit-kan posisi-posisi terbuka pada CFD saham semasa Dividen dibayar.

Mengapa Dividen boleh mempengaruhi harga CFD saham?

Semasa Dividen dibayar, dengan serta-merta nilai syarikatnya akan dipengaruh kerana wang yang diberikan olehnya sebagai Dividen tidak akan dimiliki oleh syarikat tersebut lagi, maka harga sahamnya akan menjatuh secara berselaras dengan bayaran Dividen. Perubahan harga saham berlaku pada tarikh Dividen-ex.

Apakah itu Dividen?

Dividen adalah satu cara sesebuah syarikat membahagikan keuntungan bersihnya kepada pemegang-pemegang sahamnya. Jumlah dividen ditentukan oleh BOD syarikatnya (Board of Directors), dan boleh diisukan sebagai bayaran tunai, saham, ataupun aset lain-lain.

Bagaimana Pelarasan Dividen (Dividend Adjustment) dijalankan?

GCMAsia perlu kredit-kan / debitkan klien yang memegang saham berbayar Dividen pada tarikh-ex, untuk menampung Dividen yang dibayar.
 
Semua klien yang memegang saham berbayar Dividen dalam sesebuah posisi short pada hari Dividen-ex akan didebitkan.
Sebagai contoh:
 
Jika anda memegangi 1,000 saham dalam posisi short dengan harga dibuka (opening price) pada $110 sementara harga pasaran semasa adalah $100, dan Dividen dibayar adalah bersamaan dengan $2 per saham  Harga saham akan menjatuh $2 pada hari dividen-ex, bermakna anda akan beruntung lebih banyak wang daripada posisi short anda kerana pergerakan harga saham tersebut, jadi GCMAsia akan perlu untuk mengecaj jumlah tersebut yang sepadan. (Tiada bayaran atau komisen yang selanjutnya) Ini akan ditunjukkan sebagai komisen.
 
P&L sebelum hari dividen-ex:: 1,000 * (110 – 100) = $10,000 jumlah saham * (harga dibuka – harga pasaran sebelum pembayaran dividen)
 
P&L setelah hari dividen-ex: 1,000 * (110 – 98) = $12,000
Jumlah saham * (harga dibuka – harga pasaran semasa)
(Andaikan jika tiada perubahan lain dalam harga saham tersebut)
 
Caj Dividen: 1,000 * $2 = $2,000
Jumlah saham * dividen dibayar per saham
 
Pengiraan P&L terakhir: 1,000 (110 – 98) – 2,000 = $10,000
Jumlah saham * (harga dibuka – harga pasaran semasa) – Jumlah Dividen
 
Semua klien yang memegang saham berbayar dividen dalam posisi long ketika hari dividen-ex akan dikreditkan.
Sebagai contoh:
 
Jika anda memegang 1,000 saham dalam posisi long dengan harga dibuka pada $90 sementara harga pasaran semasa adalah $100, dan dividen dibayar adalah bersamaan dengan $2 per saham. Harga saham tersebut akan menjatuh $2 pada hari dividen-ex, bermakna anda akan mengalami kerugian wang pada posisi long anda kerana pergerakan harga saham, jadi GCMAsia akan perlu kredit-kan anda dengan jumlah tersebut yang sepadan. (Tiada bayaran atau komisen yang selanjutnya) Ini akan ditunjukkan sebagai komisen.
 
P&L sebelum hari dividen-ex: 1,000 * (100 – 90) = $10,000 Jumlah saham * (harga pasaran sebelum pembayaran dividen – Harga Dibuka)
 
P&L setelah hari dividen-ex: 1,000 * (98 – 90) = $8,000
Jumlah saham * (Harga pasaran semasa – Harga dibuka)
(Andaikan jika tiada perubahan dalam harga saham tersebut)
 
Kredit Dividen: 1,000 * $2 = $2,000
Jumlah saham * dividen yang dibayar per saham
 
Pengiraan P&L terakhir: 1,000 (98 – 90) + 2,000 = $10,000
Jumlah saham * (harga pasaran semasa – Harga Dibuka) + Jumlah Dividen

Di manakah Pelarasan Dividen akan ditunjukkan pada akaun saya?

Semua dividen yang dikreditkan/dicaj akan ditampilkan dalam kolum “komisen” pada posisi berkenaan.

Di manakah boleh saya ketahui tarikh pembahagian dividen untuk saham?

GCMAsia akan mengumumkan kalendar dividen pada laman web dengan jumlah yang dijangkakan, tetapi tidak bertanggungjawab untuk sebarang perubahan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat. Anda bertanggungjawab untuk menyemak laman web syarikat yang anda memegang CFD saham padanya untuk pengumuman dividen. Maklumat tersebut juga boleh didapati pada mana-mana berita kewangan (Yahoo Finance, Bloomberg, Reuters).