77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.
Apakah itu GDPR?

GDPR bermaksud Peraturan Perlindungan Data Am (General Data Protection Regulation). Ia merupakan undang-undang perlindungan data yang komprehensif yang dilaksanakan oleh Kesatuan Eropah (EU) untuk melindungi hak privasi individu di dalam EU. GDPR terpakai kepada semua organisasi yang mengendalikan data peribadi warganegara EU, tanpa mengira lokasi mereka. Sebagai sebuah broker CFD, kami berkomitmen untuk mematuhi peraturan GDPR demi melindungi data peribadi pengguna kami.

Data peribadi manakah yang GCMASIA mengumpul dan memproses?

Kami mengumpul dan memproses data peribadi yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kami, mematuhi obligasi undang-undang, dan meningkatkan pengalaman pengguna. Ini mungkin termasuk maklumat seperti nama anda, butiran hubungan, dokumen pengenalan, maklumat kewangan, dan sejarah transaksi. Kami hanya mengumpul data yang relevan dan diperlukan untuk tujuan perniagaan yang sah dan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda telah menandatangani perjanjian dengan kami.

Bagaimanakah data peribadi pengguna dilindungi?

Kami mengambil perlindungan data dan keselamatan secara serius. Kami melaksanakan langkah-langkah keselamatan dan amalan terbaik yang disyorkan dalam industri untuk melindungi data peribadi anda daripada akses yang tidak dibenarkan, kehilangan, atau penyalahgunaan. Ini termasuk enkripsi, kawalan akses, dinding api, dan audit keselamatan secara berkala. Kami juga mempunyai dasar dan prosedur untuk memastikan pekerja kami dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga mengendalikan data peribadi dengan selamat dan sulit.

Untuk tujuan apa data peribadi dikumpul dan diproses?

Kami mengumpul dan memproses data peribadi untuk pelbagai tujuan yang sah, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Membuka dan mengurus akaun dagangan anda
  • Mengesahkan identiti anda dan mematuhi keperluan pengawalseliaan
  • Memudahkan deposit, pengeluaran, dan transaksi
  • Menyediakan sokongan pelanggan dan menyelesaikan pertanyaan
  • Menghantar kemas kini penting, pemberitahuan, dan komunikasi pemasaran (dengan persetujuan anda, jika diperlukan)
  • Mengendalikan analisis data, penyelidikan, dan peningkatan perkhidmatan kami

Butiran penuh boleh dijumpai dalam Dasar Privasi kami.

Adakah data peribadi akan dikongsikan kepada pihak ketiga?

Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dipercayai, institusi kredit (di mana kami menyimpan dana klien secara berasingan), yang membantu kami menyampaikan perkhidmatan kami dengan berkesan, dan pihak berkuasa undang-undang atau pengawal selia seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Kami memastikan bahawa penerima data peribadi pihak ketiga tertakluk kepada obligasi sulit kerahsiaan dan perlindungan data yang ketat.

Apakah hak yang berkenaan dengan data peribadi anda di bawah peraturan GDPR?

Di bawah GDPR, anda mempunyai beberapa hak berkenaan dengan data peribadi anda, termasuk hak untuk mengakses, membetulkan, membatasi pemprosesan, menghapuskan, dan pemindahan data anda. Anda juga mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan, membantah pemprosesan, dan mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa pengawasan yang berkaitan. Dasar Privasi kami menerangkan bagaimana anda boleh melaksanakan hak-hak ini dan prosedur yang perlu diikuti.

Berapa lamakah data peribadi akan disimpan?

Kami menyimpan data peribadi selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan pengumpulannya, mematuhi obligasi undang-undang, menyelesaikan pertikaian, dan menegakkan perjanjian kami. Kami secara berkala mengkaji semula data yang kami simpan dan melaksanakan tempoh penyimpanan yang sesuai dengan keperluan undang-undang dan keperluan perniagaan. Pihak pengawal kewangan yang memberi kami kebenaran menetapkan bahawa kami perlu secara selamat menyimpan semua data klien selama 5 atau 7 tahun setelah klien menutup akaun dagangan mereka.

Bagaimanakah harus saya menghubungi mengenai perlindungan data dan GDPR?

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kebimbangan, atau permintaan berkenaan perlindungan data dan pematuhan GDPR kami, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data (DPO, Data Protection Officer) kami atau pasukan sokongan pelanggan kami. Butiran mengenai cara untuk menghubungi kami disediakan dalam Polisi Privasi kami.

Adakah kami menggunakan cookies atau teknologi yang menyerupainya di laman web GCMASIA?

Ya, kami mungkin menggunakan cookies dan teknologi yang serupa untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, memperibadikan kandungan, dan mengumpulkan maklumat analitikal. Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan penggunaan kuki seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi kami. Anda boleh menguruskan pilihan cookies anda melalui tetapan pelayar anda.

Adakah data peribadi akan dipindahkan ke luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA, European Economi Area)?

Sebagai sebuah broker CFD global, adalah mungkin bahawa data peribadi yang dikumpul di platform kami akan dipindahkan dan diproses di negara-negara di luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA). Negara-negara ini mungkin mempunyai undang-undang perlindungan data yang berbeza daripada yang berkuatkuasa di dalam EEA. Walau bagaimanapun, kami memastikan bahawa sebarang pemindahan data peribadi di luar EEA dijalankan mengikut undang-undang perlindungan data yang berkenaan dan langkah-langkah keselamatan yang sesuai, seperti menggunakan klausa kontrak standard, mendapatkan persetujuan individu, atau mengandalkan mekanisme undang-undang lain yang diiktiraf oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Kami mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi data peribadi anda dan memastikan ia menerima tahap perlindungan yang mencukupi, tanpa mengira di mana ia diproses.